Tuesday 26 August 2008

Badminton

Permainan badminton adalah seperti perperangan mempertahankan medan,samada seorg menang atau seorg kalah.Dalam permulaan permainan permain akan cuba menekan supaya pemain lawan merasa tertekan dan tertekan dan dlm medan mengalah dan terus kalah.
Permainan menyerang adalah permainan smash dan permainan bertahan adalah menahan smash/return bola.Semasa permulaan permainan kita hendaklah bermain secara menyerang untuk mendapatkan rentak permainan supaya lawan tidak mendapat rentak perlawanan dan mengikut rentak kita dan chance utk menang adalah tinggi.

Permainan yang betul bermain badminton.
1) Serve hendaklah serendah yg mungkin dengan net supaya tidak diketuk atau smash oleh pemain lawan.
2) Menerima serve hendaklah dibalas dgn permainan net ( setting play) supaya pemain lawan akan memberi bulu tangkis ke atas atau base line dan pasangan kita akan smash sekiranya bulu tangkis berkeadaan terbaik utk smash.Sekiranya bulu tangkis tidak berkeadaan terbaik utk smash cukup bermain dgn permainan drop atau net supaya pemain lawan akan membalas bulu tangkis tinggi utk kedua kalinya dan mungkin ianya akan berkedudukan terbaik utk kita smash.
3)Menerima serve dan kita membalas net kita adalah berkedudukan +1 tetapi sekiranya kita bagi bulu tangkis tinggi kita adalah berkedudukan -1.
4)Smash yg baik adalah smash dibadan dan smash terbaik adalah smash ditengah gelanggang atau smash diantara pemain kerana lawan akan mengharap pasangannya akan mengambil bulu tangkis smash itu atau kalau dapat diambil pun return bulu tangkis akan berkedudukan separas net dan pasangan kita boleh terkam atau bulu tangkis ditengah court dan berkedudukan terbaik utk smash.
5) Permainan laju dan drive adalah permainan yg terbaik untuk mengelakkan lawan menyerang kita.
6) Permainan bertahan adalah permainan yg akan menyebabkan lawan akan menyerang/smash dan kita biasanya berkedudukan/ position lemah dan tertekan.
7) Tidak dapat dielakkan dlm permainan badminton akan ada setuasi bertahan dan bertahan yg baik adalah return macam permainan ping pong ( dari bawah naikkan reket ke atas) dan bola akan return naik tinggi ke base line hingga menyukarkan pemain lawan utk smash.