Saturday 5 April 2008

ISTIDRAJ

ISTIDRAJ
Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?". So, Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa. Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah.. Apakah dia istidraj itu? Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga. Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. Wallahualam. Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

ORANG PERAMAH DAN ORANG PENDIAM

setelah aku amati dalam kehidupan ini, orang peramah akan ramai kawan tapi percayalah kawan-kawannya pun dikalangan orang peramah juga.Orang peramah ni bolehlah dikatakan orang yang banyak mulut, Jadi dimanakah kita diketogerikan sama ada peramah atau pendiam.
Peramah.
Nabi pernah bersabda lebih kurang macam ini ”Orang yang banyak cakap itu maka banyaklah bohongnya dan bila banyak bohongnya makin banyaklah dosanya, dari itu lebih baiklah kamu diam”.Orang yang peramah ni banyak input sebab dia akan banyak bertanya (berbual),ramai kenalan,semua orang akan kenal akan dia dan dia akan sentiasa digemari disebabkan banyaknya cerita yg menarik,peluang itu dan ini ( maklumlah ramai kawan) dan org akan sentiasa ingin berkawan orang peramah ini disebabkan beberapa perkara.
1. Ingin mendapatkan peluang
2. memang ingin berkawan
3. disebabkan rasa seronok mendengar cerita-ceritanya.
Pendiam
Seseorang yang pendiam ini sentiasanya tidak banyak kawan iyalah sapa lah yang nak berkawan tanpa berbicara atau tanpa topik-topik yang menarik.Orang pendiam dgn pendiam pun akan tak serasi apatahlagi dengan orang yang peramah.Orang peramah ni tidak suka pada orang pendiam sebab seolah-olah dia akan berkata dgn tunggul ( kurang tindak balas).Tapi harus di ingat orang pendiam ni kurang dosanya disebabkan kurang mengata orang,kurang bercakap maka kurang lah cakap temberangnya dan kuranglah cakap bohongnya.
kesimpulannya.
Dimanakah anda ingin jadi ,orang pendiam atau peramah. Peramah ramai kenalan, pendiam tak ramai kenalan.Peramah banyak peluang itu dan ini, pendiam tak ada peluang itu dan ini.Peramah boleh jadi juru jual tap pendiam macam susah nak jadi jurujual.Peramah tu lebih banyak buat silap (dosa) pendiam tu kurang berbuat silap (dosa).
Tapi aku ingin menjadi seorang pendiam, sebab aku yakin dan tahu dunia ini hanya sementara dan akhirat jugalah kita akan hidup selama-lamanya.Jadi kurangkanlah buat dosa.( pahala banyak masuk syurga dan banyak dosa masuk neraka…hanya Allah yg tahu).Biarlah hidup sederhana…..sederhana harta,kawan dan sebagainya……kawan ramai pun belum tentu senang……Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari.

NYAWA

Kenapa Allah mengambil nyawa kita.
1- Allah sayang pada kita dan inginkan kita cepat bertemu dgnNya.
2- Alah sayangkan kita supaya kita tidak semangkin banyak melakukan dosa yang akan memberati timbagan kita diakhirat kelak.
3- Allah sayangkan kita supaya cukup melakukan dosa yang mana walau mendapat balasannya tapi tidak lah terlampau lama balasanya diakhirat kelak.
Yang pasti setiap yang ada dimuka bumi ini akan mati dan tidak akan wujud lagi selepas kiamat datang dan kita akan hidup didunia lain yang kita akan hidup selama-lamanya.

Cerita Orang tua, anaknya dan keldainya

Cerita ini mengenai Orang tua, anaknya dan keldainya…..
Ada seorang tua, anaknya dan keldai melalui sebuah kampung di suatu tempat dipadang pasir.Adapun berkatalah orang kampung ” Apalah bodohnya orang itu kerana ada keldai tapi tak mahu menunggangnya”, terdengarlah percakapan orang kampung itu ditelinga orang tua itu dan dipenghujung kampung disuruhnya anaknya menunggang keldainya sehinggalah tiba pada kampung yang lain dan berkatalah orang kampung”Itulah anak yang tak tahu menghormati orang tua,sanggup dia biarkan orang tua berjalan dan dia yang masih kuat menunggang keldainya”.Dipenghujung kampung orang tua tu menurunkan anaknya dan dia pulak menunggang keldainya kerana terhasut dengan kata-kata orang kampung dan berjalan mereka hingga tiba disebuah kampung dan berkatalah orang-orang kampung”Apalah orang tua itu,disuruhnya anaknya berjalan sedangkan dia bersenang-senang atas keldainya,tak kesian ke pada anaknya itu”.Disebabkan berasa malu akan kata-kata orang kampung itu dan mengambil kira kata-kata orang kampung sebelumnya lalu orang tua itu mengambil keputusan untuk menaikkan anaknya diatas keldainya dipenghujung kampung.Maka berjalan orang tua dan anaknya diatas keldainya.Disuatu tempat lalu lah mereka disuatu kampung dan sekali lagi lagi orang-orang kampung dengan berkata ” itulah manusia yang menganiya binatangnya…ada ke patut keldai yang kecil tu dinaiki oleh dua orang, tidakkah merasa kesihan mereka itu pada keldainya,sepatutnya keldainya itu dijaga betul-betul.Termakan dengan kata-kata orang kampung orang tua dan anaknya pun turun dari keldainya dan merasa mana satu hendak dipilihnya.Kalau dia hendak di ikutkan hendak dipikul tidak terlarat untuk dipikulnya……..,jadi berjalanlah anak beranak tu tanpa menunggang keldainya….sehingga tiba disebuah kampung maka berulang-ulanglah peristiwa seperti diatas tadi
kesimpulannya
semua orang akan memperkatakan apa yang kita buat dan akan sentiasa serba tak kena apa yang kita buat walaupun perkara yang baik kita lakukan.

SWIFT dan IBAN

Information and tools on International Bank Account Numbers (IBAN) and Society for Wire Intercommunications of Funds Transfer (SWIFT).


here’s some Bank Swift Codes for Malaysian Banks. Its useful to know this codes as people from outside Malaysia who want to credit your local bank will need it. eg When a company in USA wants to credit your local Malaysian bank account (maybank) with money, they will need to quote MBBEMYKL.

SWIFT

Affin Bank Berhad = PHBMMYKL
Alliance Bank Berhad = MFBBMYKL
Ambank Berhad = ARBKMYKL
Bank Simpanan Nasional = BSNAMYKLCIMB
Bank Berhad = CIBBMYKL
Citibank Berhad Malaysia = CITIMYKL
Hong Kong Bank Malaysia Berhad = HBMBMYKL
Hong Leong Bank Berhad = HLBBMYKL
Malayan Banking Berhad = MBBEMYKLOCBC
Bank Berhad = OCBCMYKLPublic Bank Berhad = PBBEMYKLRHB
Bank Berhad = RHBBMYKL
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad = SCBLMYKL
United Overseas Bank Berhad = UOVBMYKLIBAN

IBAN NUMBERS can be generated with an converter, it will be best if you ask you bank how to convert your account number to IBAN
Most of country does not participate in the IBAN System. This only applies to Europe.

IBAN

The table below shows valid electronic IBAN formats for the
countries specified in this Regulation/Resolution:

Austria = AT611904300234573201
Belgium = BE68539007547034
Cyprus = CY17002001280000001200527600
Czech Republic = CZ6508000000192000145399
Denmark = DK2411990003179680
Estonia = EE382200221020145685
Finland = FI2112345600000785
France = FR1420041010050500013M02606
Germany = DE89370400440532013000
Greece = GR1601101250000000012300695
Hungary = HU42117730161111101800000000
Iceland = IS140159260076545510730339
Ireland = IE29AIBK93115212345678
Italy I= T60X0542811101000000123456
Latvia = LV80BANK0000435195001
Liechtenstein = LI21088100002324013AA
Lithuania = LT121000011101001000
Luxembourg = LU360029152460050000
Malta MT84 = MALT011000012345MTLCAST001S
Netherlands = NL91ABNA0417164300
Norway = NO9386011117947
Poland = PL27114020040000300201355387
Portugal = PT50000201231234567890154
Slovak Republic = SK3112000000198742637541
Slovenia = SI56191000000123438
Spain = ES9121000418450200051332
Sweden = SE2912312345678901234567
Switzerland = CH9300762011623852957
United Kingdom = GB29NWBK60161331926819

Link:

http://www.business.barclays.co.uk/BBB/A/Content/Files/BM_specific_guide.pdf