
Bertolak dari rumah pukul 4 pagi 6 Feb 2007 dan sampai di Senai,Johor Bahru,Johor pukul 4.30pagi.Semasa check in sudah terlebih berat dan terpaksa kurangkan 2 kilo barang.Flight dari senai pada pukul 7 pagi dan sampai ke KLIA pada pukul 8 pagi.Bertolak dari KLIA pada pukul 11 pagi dan perjalanan dijangka mengambil masa 12jam.Gambar bersama keluarga di Senai.Dari kiri Nasree,mak mertua,isteri,mak dan ayah mertua.


Hampir habis semua movie aku saksikan.Main Chess dgn computer,alahai asyik menang ajer..
BERLEPAS DARI KLIA PADA 6 Feb 2007.



Rumah dari pandangan depan.

Suatu masa tu turun salji.....hehhehhh seronok sekali..banyak kereta tersadai kat tepi jalan sebab licin.Penuh salji depan rumah tu....Main salji belakang rumah....nak buat snowman le tu....
Rumah kedua kita org beralamat 401 west one space,8 broomhall street,S3 7SY,Sheffield.
Ini adalah kugiran tepi jalan tapi more kepada Jazz ( saya pun tak expert dlm bidang musik ini). Ramai yg berada di situ menari dgn pasangannya. Ini adalah promosi diorg untuk mengikuti kelas tarian mereka.
Ini perlawanan bola sepak di sekolah Notre Dame High School yang mana murid-murid akan bertanding dlm peringkat umur dan agak proper pengurusannya dari segi pakaian, pengadil dan keadaan padang. Ini susah berlaku diMalaysia yg mana bola sepak tu dlm pendidikan Jasmani diadakan waktu pagi dan lepas tu masuk kelas dlm keadaan berpeluh tapi disini diadakan pada waktu lepas sekolah.Kita dimalaysia bermain bola tendang sana tendang sini ikut suka dan tanpa tiang gol,tanpa jersy dan pengadil.sebab itu le agaknya malaysia susah nak naik dlm sukan bola sepak berbanding Uk sebab diorg ajar dgn suasana game sebenar dan ibubapa sokong anak2nya ditepi padang.
Pemandangan ini agak kerap disaksikan di Uk sebab ntuk mengelakkan anak hilang dari pandangan dan dapat mengawasi dari terlepas pandang.DiMalaysia ini agak pelik kalau dilakukan dan nampak macam budak tu anjing pulak tapi dimalaysia kerap terdengar dipusat membeli belah anak menagis keseorangan kerana terpisah/ hilang dari ibu/bapanya.akan terdengarlah " Anak berpakaian biru berseluar putih dan berumur 3 tahun, sila ibubapanya ke meja pertanyaan sekarang"..
No comments:
Post a Comment