Saturday 5 April 2008

Cerita Orang tua, anaknya dan keldainya

Cerita ini mengenai Orang tua, anaknya dan keldainya…..
Ada seorang tua, anaknya dan keldai melalui sebuah kampung di suatu tempat dipadang pasir.Adapun berkatalah orang kampung ” Apalah bodohnya orang itu kerana ada keldai tapi tak mahu menunggangnya”, terdengarlah percakapan orang kampung itu ditelinga orang tua itu dan dipenghujung kampung disuruhnya anaknya menunggang keldainya sehinggalah tiba pada kampung yang lain dan berkatalah orang kampung”Itulah anak yang tak tahu menghormati orang tua,sanggup dia biarkan orang tua berjalan dan dia yang masih kuat menunggang keldainya”.Dipenghujung kampung orang tua tu menurunkan anaknya dan dia pulak menunggang keldainya kerana terhasut dengan kata-kata orang kampung dan berjalan mereka hingga tiba disebuah kampung dan berkatalah orang-orang kampung”Apalah orang tua itu,disuruhnya anaknya berjalan sedangkan dia bersenang-senang atas keldainya,tak kesian ke pada anaknya itu”.Disebabkan berasa malu akan kata-kata orang kampung itu dan mengambil kira kata-kata orang kampung sebelumnya lalu orang tua itu mengambil keputusan untuk menaikkan anaknya diatas keldainya dipenghujung kampung.Maka berjalan orang tua dan anaknya diatas keldainya.Disuatu tempat lalu lah mereka disuatu kampung dan sekali lagi lagi orang-orang kampung dengan berkata ” itulah manusia yang menganiya binatangnya…ada ke patut keldai yang kecil tu dinaiki oleh dua orang, tidakkah merasa kesihan mereka itu pada keldainya,sepatutnya keldainya itu dijaga betul-betul.Termakan dengan kata-kata orang kampung orang tua dan anaknya pun turun dari keldainya dan merasa mana satu hendak dipilihnya.Kalau dia hendak di ikutkan hendak dipikul tidak terlarat untuk dipikulnya……..,jadi berjalanlah anak beranak tu tanpa menunggang keldainya….sehingga tiba disebuah kampung maka berulang-ulanglah peristiwa seperti diatas tadi
kesimpulannya
semua orang akan memperkatakan apa yang kita buat dan akan sentiasa serba tak kena apa yang kita buat walaupun perkara yang baik kita lakukan.

No comments: