Sunday 7 June 2009

Tanah..

pembahagian Farait tu macam nie...Nilai tanah tu dulu dinilai oleh pejabat tanah dlm RM32K ( nanti bila cik balik cik nilaikan semula dgn pejabat tanah).
Jadi lelaki akan dapat nisbahnya 1 lelaki = 2 perempuan dan emak cik akan dapat 1/8 dari nilai tanah tu.Jadi pengiraan contohnya ( berdasarkan 32K)1) lelaki 5 org ( abah nora,cik thi,cik waris,cik ipen,cik ijam)2)perempuan 4 org (cik painah, cik niah, cik maning,cik janah).3) emak cik
bahagian emak cik = 32,000 x 1/8 = 4000
bahagian lelaki dan perempuan = 5 lelaki + 2 ( perempuan 4 org = 2 lelaki) = 7 lelaki,jadi 32,000 - 4000 = 28,000 / 7 = 4000.
pecahannya setiap lelaki akan dapat 4000 seorg dan setiap perempuan akan dapat 2000 seorg.
Jumlahnya :emak cik = 4000
lelaki ( 5 x 4000) = 20,000
perempuan ( 4 x 2000) = 8000Total = 32,000 ( sama dgn nilai harga tanah).

asal 320000

wasiat 106666.7 .1/3

baki 213333.3 .2/3

.1/8 isteri 12/96 26666.67

.7/24 anak perempuan 28/96
62222.22 15555.56



.7/12 anak lelaki 56/96 124444.4 31111.11 Jumlah 320000









Assalamualaikum,

Saya adalah anak angkat kepada emak saudara saya yang tidak mempunyai anak. Suaminya juga menyayangi saya seperti anak sendiri. Semasa hayatnya, suami emak saudara itu telah memberi kepada saya (secara hibah) sekeping tanah dan sebuah rumah yang mempunyai nilai yang tinggi. Sebelum meninggal dunia beliau telah mewasiatkan hartanya kepada anak2 saudara dan adik beradik beliau yang lain. Tujuan beliau adalah supaya tidak berlaku perebutan harta antara keluarga. Walaubagaimana pun, apabila emak saudara saya (emak angkat) membuat tuntutan harta sepencarian, keluarga sebelah bapa saudara telah menghalang atas alasan saya telah menerima sebahagian besar dari harta tersebut.
Persoalannya,
1. adakah mereka boleh menghalang emak saudara saya dari membuat tuntutan tersebut?
2. adakah wajar alasan mereka tentang harta yang ditinggalkan utk saya itu?
3. bolehkan mereka menarik balik (challenge) harta yang telah diberikan kepada saya?

terima kasih dan wassalam

Waalaikumussalam Yaziruddin.

Jawapan untuk soalan saudara boleh dilihat di
http://uruspusaka.com/tutorial/?page_id=16

Aishah,

Soalan ini agak rumit kerana ia perlu dilihat dari beberapa sudut.

Pertama, siapa ahli waris yang ada? Hal ini tidak dinyatakan dengan jelas dalam soalan saudari.

Kedua, harta yang telah diberikan kepada Aishah secara hibah semasa hidup bapa saudara itu adalah jelas milik Aishah. Tetapi, adakah urusan pindahmilik harta telah dilakukan? Jika sudah, tiada masalah, tetapi jika belum dan tiada bukti menunjukkan hibah berlaku, ini mungkin agak sukar. Kalau ada pertikaian tentang hal ini, maka mahkamahlah yang layak menentukannya. Tiada siapa berhak menghalang seseorang membuat tuntutan/dakwaan di mahkamah. Kebarangkalian untuk menang-kalah bergantung kepada banyak perkara.

Ketiga, harta pusaka si mati hendaklah ditolak terlebih daripada harta sepencarian. Tidak ada salahnya si isteri membuat tuntutan harta sepencarian kerana mungkin ada harta yang diperolehi hasil usaha bersama tetapi didaftarkan dengan nama suami sahaja. Harta sepencarian hendaklah ditolak daripada harta pusaka si mati.

Keempat, tidak boleh memberi wasiat kepada waris. Oleh itu, perlu dijelaskan di sini, siapakah waris bapa saudara yang ada? ibubapa? adik-beradik lelaki? perempuan? isteri? dll?

Kelima, wasiat terhad kepada 1/3 harta sahaja. Baki 2/3 harta hendaklah diagihkan kepada ahli waris termasuk si isteri tadi. Oleh itu, si isteri berhak mendapat harta sepencarian dan harta pusaka.

Persoalan tentang mahkamah sukar untuk saya jawab kerana masih ada banyak perkara yang perlu ditimbangkan dan dinilai dalam hal ini. Jalan yang terbaik ialah, dapatkan khidmat guaman. Mereka mungkin boleh membantu saudari. Peguam syari’e di Syarikat UrusPusaka Sdn. Bhd. insyaAllah dapat membantu.