Wednesday, 26 August 2009

Zakat pendapatan

Pengiraan Zakat Harta (Wang Simpanan)

Sekiranya harta simpanan yang dimiliki telah sampai nisabnya dan cukup haulnya (selama 1 tahun), maka wajiblah dikeluarkan sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada hartanya.

Formula

Jumlah Wang Simpanan X 2.5 / 100 = Jumlah Wang zakat yang wajib dikeluarkan
Contoh : $5000.00 X 2.5 / 100 = $125.00

Nota:
1. Kadar Nisab Zakat Harta sebanyak $3,595.50 adalah bermula pada 19hb Muharram 1428H bersamaan 28 Januari 2008M.

2. Kadar Nisab Zakat Harta akan berubah dari semasa ke semasa mengikut pasaran harga emas. Ini akan disiarkan oleh Radio Televisyen Brunei (RTB) melalui Berita Televisyen dalam segmen kadar nisab zakat pada setiap hari.

No comments: